Sabtu, 25 November 2017

Padah Hantar SMS Berbaur Lucah


SEREMBAN – Dtuduh menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang wanita tiga tahun lepas, dua pembantu perubatan dihadapkan ke Makhamah Seksyen Seremban semalam.

Masing-masing, Nor Zeland Ithnin, 57, dan Othman Kadir, 75, berdepan tujuh dan tiga pertuduhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah lalu minta dibicarakan.

Othman didakwa berbuat demikian pada 6 hingga 7 Ogos 2014 antara jam 12.29 tengah malam hingga 4.03 pagi. Tertuduh juga bertugas di sebuah klinik swasta di Jasin, Melaka.

Manakala Nor Zeland pula berkhidmat di sebuah klinik swasta di Rompin, Pahang yang juga bertindak sedemikian pada 16 hingga 19 Ogos 2014 antara jam 5.26 pagi hingga 9.20 pagi.

Mereka bertujuan untuk menyakitkan hati wanita terbabit yang berada di Bandar Sunggala, Port Dickson dengan menghantar kesemua mesej itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta yang sama jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi san Multimedia 1998 (Akta 588).

Hukuman yang diperuntukkan berupa denda maksimum RM50,000 atau pemenjaraan tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Selepas pensabitan, kedua-dua tertuduh juga boleh didenda sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.

Selain itu, pegawai pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Nazrul Nizam Mohd Zmari memohon makhamah untuk menawarkan jaminan sebanyak RM2,000 kepada Nor Zeland manakala Rm1,000 kepada Othman.

Kedua tertuduh dibenarkan diikat jamin oleh Hakim Ahmad Fairuz Mohd Fuzi yang di mana tertuduh pertama diikat jamin dengan amaun sebanyak RM1,500 manakala tertuduh kedua pula sebanyak RM1,000.


Tarikh proses lantikan peguam dan penyerahan dokumen berkaitan turut ditetapkan oleh Makhamah pada 27 Disember depan. Sumber: Sinar harian. Editor: Atila Atasha
loading...