Khamis, 30 November 2017

Pakaian Menjolok Mata, Adik Neelofa Ditegur Netizen


Sebelum ini adik kepada selebriti Neelofa iaitu Ameera Khan, pernah dikecam gara-gara dia
membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab pada tahun lalu.

Tetapi, dia hanya mengambil langkah berdiam diri dan menutup ruangan komen di Instagramnya.

Ameera juga terkenal dengan sikap yang outspoken atau lantang bersuara dan gemar menggayakan pakaian yang menjolok mata.

Namun terbaharu, dia telah mendapat perhatian netizen sekali lagi apabila dia bertindak memuat naik gambar memakai pakaian yang menjolok mata sehingga menampakkan baju dalamnya yang berwarna hitam.

Dia telah betindak berani memuat naik gambar tersebut di dalam Instagramnya (@littlemisskhan) namun ada sesetengah netizen yang berpendapat tidak sesuai untuk gadis bawah umur berpakaian seperti itu. Editor: Atila Atasha

loading...