Jumaat, 24 November 2017

Pelajar Sekolah Maut Dirempuh Sebuah Kereta


Kemalangan melibatkan seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bariah maut selepas dirempuh sebuah kereta di lampu isyarat Jalan Wakaf Beruas,  Kuala Terengganu.

Semasa kejadian jam 1 tengah hari itu,  mangsa, Muhammad Fakhrul Hakim Mazlan, 16 yang mengalami pendarahan di kepala dirawat di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu meninggal dunia pada 9.25 malam.

Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kereta dalam perjalanan dari arah Kuala Berang ke Kuala Terengganu dan dalam pada yang sama, mangsa yang juga menunggang motosikal dikatakan keluar dari persimpangan jalan secara tiba-tiba, kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar.

“Pemandu wanita yang berusia 28 tahun itu tidak sempat untuk mengelak sebelum merempuh mangsa yang keluar dari persimpangan jalan.

“Mangsa yang juga cedera parah terus dibawa ke HSNZ untuk diberikan rawatan lanjut.

“Namun selepas hampir lapan jam dirawat di hospital mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Oleh kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jelasnya lagi.

Namun dalam pada itu, salah seorang rakan mangsa, Muhammad Syafiq Abdullah, 15, berkata ketika di sekolah, mangsa begitu mesra dengan meminta semua rakannya menandatangi baju sekolah yang dipakainya ketika kejadian sebagai tanda kenangan sempena hari terakhir persekolahan.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan ketika di sekolah begitu mesra dengan meminta semua rakannya menandatangi baju sekolah sebagai tanda kenangan sempena hari terakhir persekolahan. Kata salah seorang rakan mangsa, Muhammad Syafiq Abdullah, 15.

“Malah dalam tempoh seminggu sejak kebelakangan ini mangsa juga banyak menghabiskan masa bersama kami.

“Tetapi sebelum ni dalam dua minggu lalu, mangsa ada juga terbabit dalam sebuah kemalangan motorsikal tetapi mangsa hanya cedera di kaki,” jelas rakannya lagi.

Salah seorang lagi rakan mangsa memaklumkan iaitu Abdul Muin Abdul Aziz, 15, terkejut apabila mangsa meminta dia menyimpan gelang yang sudah lama dipakai oleh mangsa.

“Memang sebelum ini dia yang memakai gelang tersebut namun pada hari ini dia telah menyerahkan gelang itu kepada saya.
Jelas rakannya lagi, “apabila ditanya mengapa berbuat demikian dia hanya menjawab dia mahu saya menyimpan gelang itu.” Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha
loading...