Khamis, 23 November 2017

Pemuda Dapat Kehidupan Baru


Bangkok, Thailand – Seorang pemuda Noppajit Monlin kini mendapat kehidupan baru apabila dia telah menjalani satu pembedahan plastik dimana dulu dia sering dihina dan dipinggirkan sejak kecil kerana kecacatan pada mukanya.

Noppajit yang beusia 22 tahun telah mengalami masalah rahang berpintal sejak dari kecil yang menyebabkan dia tidak boleh mengunyah dan mengakibatkan mukanya senget.

Dia telah bekerja di sebuah kilang di Thailand namun disebabkan kecacatan itu dia mengasingkan diri ketika waktu makan dan dia juga sering diejek ketika kecil.

Kehidupan Noppajit berubah apabila dia telah menyertai program televisyen Let me In Thailand dan dia telah menjalani satu pembedahan plastik.

 Antara pembedahan yang dibuat oleh Noppajit adalah membetulkan rahang, dahi, kelopak mata serta suntikan pada kelenjar air liur bagi membetulkan pengeluaran air liur yang berlebihan. Pemuda itu juga telah menjalani rawatan kulit untuk merawat masalah jerawat yang dialaminya.

Dia buat pertama kalinya bertemu dengan ibunya selepas menjalani semua prosedur tersebut namun ibunya terkejut melihat perubahan besar pada anaknya.

Ibunya langsung tidak menyedari pemuda tampan yang menghampirinya itu adalah anaknya sendiri dalam satu episode program yang dsiarkan baru-baru ini.

Wanita itu berkata “Adakah ini benar-benar kamu ? Adakah ini kamu ?” sambil mengalirkan air mata.

Masyarakat sebelum ini tidak menerimanya dan mengejeknya kerana wajahnya yang cacat itu, kata Noppajit.


Namun kini saya individu yang berlainan dan saya lebih yakin dengan diri saya kerana sekarang saya juga mempunyai ramai kawan, jelasnya lagi. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha
loading...