Selasa, 28 November 2017

Perogol Yang Mengumpan Coklat Didakwa Hari Ini

Kredit Photo Sinar Harian
KUANTAN – Tertuduh, Mohd Azhar Sharidan, 25,  mengaku tidak bersalah di Makhamah Seksyen hari ini di atas tuduhan merogol dua kanak-kanak perempuan yang berusia empat dan lapan tahun di dalam kejadian berasingan.

Tertuduh telah membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Datuk Unaizah Mohd selepas pertuduhan dibicarakan terhadapnya.

Tertuduh juga didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di tangki air Taman Mahkota Aman Batu, 11 antara jam 5 hingga 7 petang, Mei lalu, mengikut kertas pertuduhan yang pertama.

Namun bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa telah merogol seorang lagi kanak-kanak berusia lapan tahun di ladang kelapa sawit Mahkota Aman Batu 11, antara jam 5 hingga 7 petang pada Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan disebat. Sumber: Sinar Harian. Editor: Atila Atasha
loading...