Ahad, 26 November 2017

Polis Siasat Dakwaan Anggota Berpangkat SM Larikan Isteri Orang.


Ipoh - Pihak polis Perak sedang melakukan siasatan berhubung kes yang telah di viralkan di media sosial mengenai laporan seorang lelaki yang mendakwa isterinya telah dilarikan oleh seorang pegawai polis berpangkat Sarjan Mejar.

Menurut laporan Astro Awani, anggota polis tersebut dalam siasatan dalaman keran didakwa telah melakukan gangguan serta telah melarikan isteri orang seperti yang telah di viralkan di media sosial baru-baru ini.

Malah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee turut memberitahu bahawa pihaknya telah pun menerima laporan polis yang telah di buat oleh suami wanita berkenaan.

“Hasil daripada semakan yang dibuat, kami juga ada menerima laporan polis daripada anggota berkenaan dan wanita yang dimaksudkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Malah jelasnya lagi, berdasarkan kajian serta siasatan awal yang dilakukan oleh mereka membuatkan mereka melakukan siasatan dalaman terlebih dahulu terhadap dakwaan yang dilemparkan kepada anggota berkenaan mengenai salah laku yang dilakukan olehnya itu.

Tambahnya lagi, tindakan akan diambil oleh jabatan berkenaan sekiranya laporan itu terbukti benar.

“Polis akan meneruskan siasatan sekiranya terdapat keterangan atau bukti kesalahan jenayah dalam kes ini,” katanya lagi.


Sebelum ini, dakwaan seorang wanita dilarikan oleh anggota polis tular selepas suami kepada wanita tersebut meminta pertolongan orang ramai menerusi Facebook untuk menghubungi beliau sekiranya ternampak isterinya itu.-Astro awani
loading...