Rabu, 22 November 2017

Rahsia Kemewahan Wanita Hidup Melaram Terbongkar

Taipei, China. Seorang wanita jelita Lin Siyin, 37 tahun popular kerana sering mempamerkan gaya hidup mewah di laman sosial namun segala rahsianya terbongkar apabila dia dihukum penjara di atas kesalahan terlibat dalam kegiatan skim cepat kaya.

Dia juga didakwa atas kesalahan menipu hampir £1.7 juta (RM9.31 juta) bagi menampung kehidupan mewahnya hampir tujuh tahun.

Beliau juga sering memuat naik gambar bersama kereta mewah sehingga digelar ‘dewi kereta mewah’ di media sosial  oleh netizen.

Dia juga kerap menunjukkan beg tangan mewah berjenama Hermes dan jam tangan Patek Phillipe dengan memuat naik gambar tersebut.

Tak cukup dengan itu dia telah menggunakan wang milik pelaburnya dalam kegiatan skim cepat kaya dengan membeli beberapa biji rumah dan juga kereta mewah.

Akibat sering menipu dan selalu memperdayakan orang ramai, kegiatan menipu dia tidak kekal lama apabila dia di tangkap pihak berkuasa di Taiwan, China.

Dia dituduh membuat satu skim pelaburan cepat kaya yang menjanjikan pulangan yang lebih lumayan tidak termasuk juga menipu ahli keluarganya sendiri, rakan dan beberapa individu yang dikenalinya.

Baru-baru ini dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun dan tujuh bulan oleh Makhamah Tinggi Taiwan apabila didapati bersalah atas tuduhan dengan niat untuk memperdayakan orang ramai dan pecah amanah.

Lin juga pernah mewujudkan satu skim pelaburan pada 2010 dan serta memujuk ahli keluarganya dan juga rakan untuk melabur dalam kegiatan tersebut.  Dilaporkan oleh akhbar Apple Daily Taiwan.

Lin berjaya memperdaya seorang mangsa dengan menjanjikan keuntungan termasuk faedah sebanyak lapan peratus dan bonus bulanan antara dua hingga lapan peratus. Mangsa telah memindahkan sejumlah wang sebanyak £577,354 (RM3.2 juta) kerana tertarik dengan skim pelaburan yang diuruskan oleh tertuduh.

Jelas mangsa, sehingga kini dia gagal untuk mendapatkan wangnya kembali. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha
loading...