Jumaat, 24 November 2017

Remaja Lelaki Maut Kemalangan


Kluang, Johor – Pada awal pagi, kemalangan melibatkan seorang remaja lelaki maut apabila motorsikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori dari arah bertentangan di kilometer (KM) 20.7 Jalan Simpang Renggam.

Mangsa, Muhammad Amirul Hambali, 19, yang menunggang motorsikal jenis LC135 sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Simpang Renggam dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu.

Menurut hasil siasatan awal, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata bahawa kemalangan dipercayai berlaku kerana motorsikal yang ditunggangi oleh mangsa telah memasuki ke laluan bertentangan dari arah Simpang Renggam menghala Renggam sehingga melanggar bahagian hadapan sebuah lori.

 “Mangsa dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya akibat daripada perlanggaran tersebut.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang untuk dibedah siasat manakala pemandu lori, Mohammad Zamin Hasem yang berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Jelas Mohamad lagi, dari hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati bahawa jalan selekoh dua hala, permukaan jalan rata dan kering serta keadaan cahaya kawasan adalah gelap.

Namun kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sumber: Sinar harian. Editor: Atila Atasha
loading...