Isnin, 27 November 2017

Ronaldo Tidak Puas Hati Dengan Gaji Baharu Messi


PEMAIN bola sepak bagi pasukan Real Madrid, Cristiano Ronaldo dikatakan menunjukkan reaksi tidak senang dengan perjanjian baharu Lionel Messi di Barcelona.

Lionel Messi yang juga pemain dari Argentina itu setuju menandatangani kontrak baharu bersama Barca selama tiga tahun sehingga tahun 2021.

Spekulasi bahawa dia akan meninggalkan kelab itu telah tamat dengan keputusannya apabila dia akan berpindah bebas pada musim panas akan datang.

Namun tidak semua orang gembira dengan berita tersebut.

Ronaldo dikatakan marah apabila mendapat tahu mengenai Messi kini dibayar gaji €640,000 seminggu atau €100 juta sepanjang kontraknya, menurut laporan di Sepanyol.

Ronaldo juga memperoleh gaji lebih dari €400,000 seminggu dan dilihat tidak akan ditawarkan kenaikan gaji.

Dalam pada itu, Ronaldo juga dikatakan mempunyai kontrak dengan Kelab la Liga sehingga tahun 2021. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha
loading...