Selasa, 28 November 2017

Satu Keluarga Menghadapi Detik Cemas Jam 3 Pagi


BATU PAHAT – Tiga penjenayah warga asing telah melarikan RM30,000 dengan bersenjatakan parang dan pemutar skru selepas memecah masuk sebuah rumah di Jalan Parit Jalil, Batu Pahat.

Suspek bertindak mengikat mangsanya menggunakan wayar telefon, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mender Singh.

Katanya lagi, suspek juga mengikat mangsa dengan dawai dan turut melarikan empat telefon bimbit selain cincin emas.

“Kejadian berlaku pada jam 3.30 pagi, mangsa terjaga apabila terdengar bunyi hentakan yang kuat dari pintu biliknya, kata mangsa yang juga pengadu berusia 34 tahun itu.

“Namun tak lama selepas itu, tiba-tiba terdapat tiga lelaki yang menutup muka dengan kain masuk dan mengikat tangan pengadu menggunakan wayar telefon dan menyuruhnya untuk diam.

“Suspek telah bertindak membawa mangsa ke bilik ibu bapanya yang berusia 60 dan 55 tahun dan membawa dawai bersama mereka.

“Ketiga-tiga suspek terus menggeledah bilik dan bahagian ruang tamu rumah dan seorang daripada tiga suspek itu bersenjatakan parang.

Ketika dihubungi hari ini, dia berkata “suspek menggeledah kira-kira dalam 15 minit dan mereka telah melarikan diri mengikut pintu belakang rumah.”

Menurut beliau, suspek dipercayai memasuki rumah tersebut dengan telah memotong besi pagar dan mengumpil pintu belakang dengan menggunakan pemutar skru.

“Pengadu percaya bahawa suspek adalah warga Indonesia dan salah seorang suspek telah menjerit meminta pengadu diam.

Katanya, duit RM30,000 yang dibawa lari itu adalah milik ayah pengadu hasil jualan kedai runcit dan simpanan ayah pengadu dan tiada sesiapa yang tahu ayah pengadu menyimpan wang berkenaan.

Ketiga-tiga suspek yang bersarung tangan dan memakai baju lengan panjang ketika kejadian dan mereka memiliki ketinggian antara 160 hingga 165 sentimeter (cm), jelas beliau lagi.

“Suspek kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Rumah mangsa dikelilingi kelapa sawit dan rumah jiran terdapat dalam jarak kira-kira 15 meter.

“Tetapi, jiran telah mengatakan tidak nampak apa-apa ketika kejadian dan mereka tidak mempunyai CCTV.

Katanya,” rumah berkenaan adalah milik bapa pengadu dan ini adalah kali pertama kejadian seumpamanya sepanjang 30 tahun mendiami kawasan itu.

Katanya lagi, “sebelah rumah mereka adalah kedai runcit bapa pengadu.” Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha
loading...