Isnin, 27 November 2017

Saya Akan Dedah Semua!!! Bagi Saya Sesi Bersama Penyokong


Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan pemain hanya memikirkan soal ganjaran apabila bermain dengan pasukan kebangsaan, tidak hanya skuad senior tetapi bawah 23 tahun terlibat sama.

"Nak tahu kenapa, kerana awak ada pemain yang dalam pasukan kebangsaan lebih memikirkan soal ganjaran daripada nak bermain untuk pasukan. Jangan cakap pemain senior saja, pemain B-23 pun sama"

TMJ berkata ketika sidang media bersama presiden yang disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi FAM pada minggu lalu.

Menurut TMJ lagi, baginda mempunya senarai nama para pemain terlibat di telefon bimbitnya, malahan baginda juga mempunya nama pengadil yang menyokong pasukan tertentu.

"Saya ada nama, nak nama? Bagi saya sesi bersama penyokong di Kuala Lumpur, saya dedah semua sekali, kata baginda"

"Semua maklumat ada dalam ini ( telefom bimbit TMJ ), nama pengadil sokong pasukan mana pun saya ada".


Tunku Ismail menegaskan kerana kelakuan seperti itu jelas sekali bola sepak negara mengalami masalah iaitu rasuah, pendidikan kurang dari peringkat akar umbi dan tiada mentaliti pemenang. Sumber : Malaysia Kini, Artikel : Atila Atasha


loading...