Selasa, 28 November 2017

Saya Melompat Keluar Apabila Pemandu Uber Meraba Saya


KUALA LUMPUR - Seorang pemandu Uber didakwa menunjukkan kemaluan dan meraba sehingga seorang penumpang terpaksa "melompat keluar daripada kereta".

Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi khamis lalu, mangsa, perunding kecantikan yang berusia 23 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Jalan Sungai Besi ke Taman Jaya, lapor China Press.

Beliau terpaksa menaiki kereta seorang pemandu Uber yang mendapat 4.47 bintang itu kerana disebabkan tiada pemandu lain yang menerima tempahannya.

Katanya ketika dihubungi akhbar semalam, "tempat duduk belakang kereta suspek sudah penuh, jadi saya terpaksa duduk di bahagian hadapan."

Namun ketika sedang menjawab telefon, mangsa tiba-tiba ternampak suspek memandangnya sambil membuka zip seluar dan terus mengeluarkan kemaluannya.

Disebabkan terkejut dengan tindakan pemandu tersebut, mangsa telah meminta suspek untuk menghentikan keretanya, namun sebaliknya lelaki terbabit bertindak mengunci pintu dan tingkap.

Selepas itu, suspek dikatakan tiba-tiba meraba pahanya sambil memandu.

Pada mulanya wanita itu tidak dapat berbuat apa-apa namun dia telah bertindak melompat keluar daripada kereta ketika ia berhenti di lampu merah.

Disebabkan kejadian itu, wanita terbabit masih trauma dan hanya ingat suspek memandu kereta jenis Perodua, tetapi dia lupa nombor pendaftaran kereta berkenaan.

Namun di atas nasihat daripada rakannya, beliau telah membuat laporan polis kira-kira jam 12 tengah malam pada hari Sabtu di Balai Polis Bandar Sunway.

Kejadian itu meningkatkan tahap kesedarannya terhadap bahaya di sekeliling dan menasihatkan agar wanita lain lebih berhati-hati ketika berada di luar, kata mangsa. Sumber: Free Malaysia Today. Editor: Atila Atasha
loading...