Isnin, 27 November 2017

Saya Mohon Undur Diri Dari Kristal, Saya Sayangkan Band Saya - Lan

Kredit Photo Astro Awani
Lan Kristal iaitu salah seorang peserta Gegar vaganza 4 (GV4) tidak dapat menahan sebak apabila dia telah mengumumkan untuk mengundur diri daripada kumpulan Kristal.

Lan mengakui bahawa membuat keputusan tersebut dengan rasa berat hati. Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof berusia 32 tahun.

Katanya, "saya mohon maaf, saya tak pernah buat hal dalam industri. Saya rasa sangat sedih dan saya sayangkan band saya, Kristal. Dengan rasminya, depan semua orang...Memang saya mohon untuk undur diri, lebih baik," jelasnya dengan berat hati.

Lan yang ditemui semalam selepas tamat konsert minggu kelima GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Sebelum ini, dia tidak pernah bersuara jika ahli kumpulannya melakukan sesuatu perkara tanpa membuat perbincangan bersama namun sebaliknya dia menganggap itu adalah rezeki masing-masing.

Tambah Lan lagi, "saya hanya merancang untuk membuat projek solo, namun tidak pernah ada rasa langsung saya kata untuk meninggalkan kumpulan Kristal."

Lan berkata, "lagipun itu adalah projek sampingan, saya teringin juga untuk mencuba benda baru di samping mencari rezeki lebih untuk keluarga bukan bermaksud untuk meninggalkan Kristal.

"Malah ada juga anggota lain yang membuat projek solo bukan saya sahaja.

Lan menjelaskan bahawa selama ini dia mendiamkan diri dan tidak kisah pun jika menjadi ahli terakhir yang tahu tentang projek solo mereka.

"Pada kebiasaan sebelum ini, apabila mereka mahu melakukan sesuatu perkara, memang tiada apa-apa perbincangan dan persetujuan secara rasmi.

"?Jadi mengapa saya yang dipersalahkan apabila saya menyuarakan tentang projek solo ?

"Kalau saya yang sertai GV4 baru sebulan ini dituduh tunggul dalam satu kenyataan mereka tak mengapalah, maka saya dah 18 tahun jadi tunggul dalam kumpulan Kristal.

Namun Lan juga berharap agar tiga anggota Kristal yang lain iaitu Rody, Kechiq dan Acap menghormati keputusannya untuk meninggalkan kumpulan tersebut.

Katanya, "saya harap mereka menghormati keputusan ini dan kepada para peminat, teruskan menyokong saya yang bergerak secara solo selepas ini dan kawan-kawan saya dalam kumpulan Kristal. Sumber: Astro Awani. Editor: Atila Atasha
loading...