Rabu, 29 November 2017

Seluar Dalam Kim Jong-nam Dipenuhi Najis Akibat Diracun


SHAH ALAM - Makhamah Tinggi di sini diberitahu oleh seorang pakar bahawa seluar dalam Kim Chol atau Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara yang didakwa mati akibat diracun agen saraf VX, dipeuhi dengan najis.

Kesan najis yang banyak pada seluar dalam mangsa ada kaitan dengan tanda-tanda keracunan, kata Pakar Perunding Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Nurliza Abdullah, 52 yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat Kim Chol.

Tanda-tanda keracunan dialami oleh Kim Chol adalah disebabkan keracunan agen saraf VX, kata saksi yang dalam kes berkenaan.

Saksi berkata, kesan keracunan ke atas mangsa meyebabkan pergerakan otot beliau berkecamuk seterusnya menyebabkan najis terkeluar dengan sendiri, menjawab kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin semasa pemeriksaan utama.

Katanya lagi, "mengikut pemahaman saya, keracunan yang membabitkan agen saraf menyebabkan seseorang individu mengalami 'cholinergic' iaitu pelumpuhan otot dan pergerakan otot berkecamuk seterusnya menyebabkan najis terkeluar dengan sendiri."

Saksi ke-19 itu telah memberikan keterangan pada perbicaraan kes warga Indonesia, Stit Aisyah, 25, dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 28 yang didakwa bersama-sama dengan empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 9 pagi, 13 Feb lalu.

Dr Nurliza berkata pemeriksaan juga mendapati bahawa anak mata mangsa juga menjadi kecil dan ianya adalah abnormal kerana pada kebiasaannya disebabkan berlakunya keracunan, ketika menjawab soalan Wan Shaharuddin.

Manakala Sarjan Shamsul Bahrin Abdullah, saksi ke-18 yang bertugas di Balai Polis Klia2 pula memberitahu makhamah bahawa beliau telah menghubungi Kedutaan Korea Utara pada jam 4.50 petang, pada 13 Feb lalu untuk memaklumkan mengenai kematian warganegara itu.

Beliau berkata, panggilannya dijawab oleh seorang lelaki yang dikenali dengan nama Kim Yu-Song iaitu Kaunselor Kedutaan Korea Utara yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Iskandar Ahmad.

Katanya, "saya memberitahu Kim Yu bahawa ada satu kematian berlaku membabitkan warga Korea Utara dengan nama Kim Chol dan saya juga memberi nombor passport si mati serta meminta wakil kedutaan datang ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk proses pengecaman mayat.

"Namun Kim Yu tidak memberikan apa-apa respons kecuali berkata ya dan terima kasih'... Dan selepas itu saya masuk ke bilik mesyuarat balai polis klia2 tempat saya menyimpan barangan si mati dan nampak beberapa pegawai Cawangan Khas berpakaian preman berada di dalam bilik itu.

"Dan salah seorang daripada pegawai Cawangan Khas itu memberitahu saya bahawa si mati adalah abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara," katanya sambil menambah beliau terkejut apabila mengetahui perkara itu.

Tidak lama kemudian saksi itu berkata, beliau menerima panggilan daripada Kim Yu yang bertanyakan lokasi mayat si mati ditempatkan dan tarikh bedah siasat.

Kim Yu kemudiannya mengesahkan kehadirannya selepas diberitahu mayat ditempatkan di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya dan bedah siasat akan dijalankan pada keesokannya hari pada jam 10 pagi, katanya.

"Pada keesokan hari, ketika berada di lobi Jabatan Forensik, saya telah melihat ada tiga orang lelaki yang mempunyai iras berbangsa Cina masuk ke dalam lobi. Dua daripadanya memakai baju kemeja manakala seorang lagi yang agak berusia memakai baju labuh.

Katanya lagi, “saya dengar lelaki yang agak berusia itu memperkenalkan diri sebagai Kim Yu kepada petugas kaunter hospital. Saya kemudian menghampiri lelaki itu dan memperkenalkan diri dan dia hanya menjawab ‘terima kasih’.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung esok. Sumber: BERNAMA. Editor: Atila Atasha
loading...