Jumaat, 24 November 2017

Seorang Kelindan Lori Maut Kemalangan



TATAU, SARAWAK – Di KM43 Jalan Tatau, Selangau, seorang kelindan lori maut selepas kenderaan yang dinaikinya melanggar belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan pagi tadi.

Mangsa, Andrew Mapang Juni, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu juga turut putus kaki kirinya.

Kejadian malang yang menimpa itu dipercayai berlaku apabila pemandu lori yang membawa besi dari arah Selangau ke Bintulu gagal mengelak sebuah lori yang mengalami masalah tayar diletakkan di tepi jalan.

Pemandu lori yang membawa muatan besi itu dikenali sebagai Ganak Melintang, 33 dan pemandu yang dirempuh itu, Banyang Tedong yang berusia 46 tahun mengalami kecederaan ringan.

Pihaknya menerima panggilan pada jam 4.59 pagi, kata jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau dikerah ke tempat kejadian, jelas beliau lagi.

“Komander operasi melaporkan kelindan lori itu yang putus kaki masih tersepit di tempat duduk setibanya di lokasi kejadian pada jam 6.05 pagi.

Katanya lagi, “mangsa bejaya dikeluarkan oleh anggota bomba yang menggunakan mesin pemotong hidraulik untuk mengeluarkan mangsa namun pasukan perubatan mengesahkan bahawa mangsa sudah meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.” Sumber: Berita Harian. Editor: Atila Atasha
loading...