Selasa, 28 November 2017

Setiap 10 Tahun Pendawaian Elektrik Wajib Diperiksa.


KUALA LUMPUR - Setiap 10 tahun pendawaian elektrik wajib diperiksa oleh semua rumah mulai tahun hadapan.

Peraturan ini akan berkuatkuasa di bawah pindaan kepada Peraturan Elektrik 1991, kata Ketua Unit Pembangunan Keselamatan Elektrik Suruhanjaya Tenaga, Iffah Hannah Muluk.

katanya pada Isnin lalu, semasa perbincangan keselamatan elektrik di Schneider Electrics, "sebelum ini kita tidak mempunyai peraturan seumpama itu tetapi oleh kerana kurangnya kesedaran tentang keselamatan elektrikal, orang ramai tidak memeriksa pendawaian hinggalah sesuatu perkara berlaku."

Selepas beberapa insiden terutama yang berlaku membabitkan unit kediaman dan juga menyebabkan kemalangan jiwa baru peraturan dilaksanakan.

914 kes kebakaran dilaporkan, 50.5 peratus daripadanya membabitkan rumah kediaman sejak dari tahun 2002.

49 kes juga dilaporkan dengan separuh daripadanya melibatkan kemalangan jiwa bagi tahun ini.

Kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia tentang keselamatan elektrik adalah rendah, dan ramai tidak menyedari bahawa badan mereka sendiri adalah konduktor elektrik, kata Presiden Persatuan Elektrikal dan Elektronik, Chew Shee Fuee.

Jelas Chew lagi, lambakan bahan-bahan elektrik tiruan dan yang tidak mempunyai sijil kelulusan terutama kabel dan 'charger' telefon membimbangkan dan kerana ia juga mudah berlaku 'kebocoran' elektrik yang akan menyebabkan renjatan dan kebakaran.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar menggunakan wayar sambungan untuk alat-alat elektrik bervoltan rendah sahaja.

Pesan beliau, "jangan gunakan pada alat-alat utama seperti peti ais, oven dan mikrowave. Anda membahayakan nyawa orang-orang di rumah anda.

"Lucutkan plug pada semua alat-alat pada semua alat-alat elektrik bila anda tidak menggunakannya bagi mengurangkan risiko kebakaran, untuk lebih selamat." kata beliau lagi. Sumber: BERNAMA. Editor: Atila Atasha
loading...