Rabu, 22 November 2017

Suami Berubah Setelah Ada Orang Ketiga


Disini saya terpanggil untuk berkongsi kisah seorang wanita dari pages Kisah Rumah Tangga yang meluah mengenai masalah-masalah yang dibelenggunya itu.

Setiap kaum wanita yang sudah melayari bahtera pasti menginginkan rumah tangganya bahagia dan dan berkekalan hingga ke hari tua tapi kadangkala nasib tidak menyebelahi kita.

Seperti yang kita semua tahu, tak semua yang kita impikan dalam hidup ini akan tercapai. Tak semua orang bernasib baik.

Dan inilah yang berlaku kepada wanita yang tidak mahu dikenali dirinya yang baru melayari bahtera namun semuanya berubah apabila munculnya orang ketiga dalam hidupnya.

Semuanya berlaku sebelum berkahwin lagi sehingga saya pernah cuba ingin membatalkan majlis pernikahan dan kami pernah berjumpa perempuan itu termasuk keluarga dia. Suami telah meberitahu tentang pernikahan kami.

Tambah pula suami ketika itu memang baik dan rapat dengan ayah saya jadi kami teruskan niat dengan teruskan pernikahan itu kerana tidak mahu mengecewakan kedua pihak keluarga.

Selepas itu mereka sudah tidak berhubung lagi namun perkara ini terjadi balik disebabkan saya ternampak setiap status perempuan itu ada berkaitan pasal suami dan suami menyuruh saya untuk mengabaikannya.

Suami ada cuba untuk rapat dan terima saya balik namun saya rasa dia layan saya macam orang luar dan sebagai kawan bukan sebagai seorang isteri. Dan tiada lagi panggilan manja yang ada hanyalah dengan panggilan kau aku dan saya.

Setiap keperluan harian dia saya sediakan macam biasa tanpa mengeluh dan terpaksa dan saya ada juga cuba untuk mengambil hatinya setiap hari namun tiada perubahan tetap sama.

Dan sekarang ini suami memang sudah tawar hati dengan saya biarpun perkara itu sudah berlalu namun suami tetap menyimpan semua gambar perempuan itu.

Gambar saya dan pernikahan kami semua dia padam tiada satu pun yang dia simpan. Saya buntu sekarang ini dan saya ada ajak berbincang namun suami akan cakap “tak selesai lagi ke? Benda dah lama’.

Tapi hati saya kuat mengatakan mereka masih berhubung dibelakang saya cuma saya tidak dapat membuktikannya lagi. Sumber: Kisah Rumah Tangga. Editor: Atila Atasha


loading...