Jumaat, 24 November 2017

Suami Meringkuk Dalam Penjara, Pukul Isteri


Pandan Indah, Kuala Lumpur – Gara-gara isteri tidak menjawab panggilan telefon seorang suami bertindak menampar, menumbuk, mencekik leher dan menendang isterinya. Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh bulan.

Tertuduh Ng Boon Meng, 43 yang tidak bekerja dijatuhkan hukuman oleh Majistret Haslinda A.Raof selepas beliau mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya Tan Suh Huai, 41, seorang eksekutif pentadbiran di sebuah agensi pelancongan.

Mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut itu di kediaman mereka di Taman Pandan Indah, Pandah Indah di sini jam 1.30 tengah hari, pada 10 ogos lepas.

Ng diperintahkan oleh Makhamah untuk menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 11 ogos lepas.

Pada 10 ogos, jam 1.30 tengah hari, tertuduh dikatakan telah pulang ke rumah dan memarahi isterinya kerana tidak menjawab panggilan telefon pada pukul 8.15 pagi pada hari yang sama namun mangsa menjelaskan bahawa dia tidak menyedari panggilan itu kerana pada ketika itu dia sedang berada di sebuah kedai makan bersama rakan-rakannya, mengikut pada fakta kes yang diberikan.

Ng dikatakan berang dengan hal tersebut dan tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh isterinya kemudian dia bertindak menampar muka mangsa hampir beberapa kali, mencekik leher mangsa sehingga merah, menendang kaki mangsa, menumbuk perut dan menarik bibir mangsa sehingga ianya berdarah sambil berterusan bertanya kenapa mangsa tidak menjawab panggilannya itu.

 Mangsa menangis dan menjerit sebelum berlari ke tingkat atas rumah lalu memanggil anak lelakinya yang berusia 17 tahun sebelum mereka keluar dari kediaman dan membuat laporan polis.

Dari hasil siasatan pihak polis, tertuduh juga didapati sering kali memukul isterinya setiap kali berlaku perselisihan faham antara mereka.
  
Tertuduh yang juga tidak diwakili peguam ketika rayuan dibuat, memberitahu bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan itu dan merayu kepada makhamah supaya memberikan peluang kepadanya untuk memperbaiki diri dan kembali kepada isterinya.

Namun Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon supaya hukuman berbentuk pengajaran kerana sebagai seorang suami, tertuduh seharusnya melayani isteri dengan baik dan sebarang permasalahan rumah tangga patut diselesaikan dengan cara baik bukannya mengambil tindakan di tangan sendiri. Sumber: Bernama. Editor: Atila Atasha
loading...