Sabtu, 25 November 2017

Suami Tayang Kekasih Di Facebook Ketika Isteri Sibuk Mencari Rezeki.

Gambar Suami Sittie bersama perempuan simpanannya
Filipina - Seorang wanita tidak menyangka bahawa suami yang dia cintai mempunyai kekasih lain ketika dia pergi bekerja di luar negeri demi mencari duit bagi merawat anak mereka yang sedang sakit.

Wanita tersebut yang merupakan seorang warga Filipina sanggup berkorban demi membantu menambah pendapatan keluarga dengan bekerja di luar negeri.

Wanita yang dikenali sebagai Sittie Fairodz Utto memberitahu bahawa pada setiap bulan beliau akan mengirimkan wang kepada suaminya yang menjaga anak mereka yang sedang sakit bagi menampung perbelanjaan perubatan anak mereka.

Sittie dikatakan telah melakukan pelbagai pekerjaan demi mencari duit buat keluarganya namun tidak menyangka suaminya itu membalas segala pengorbanannya dengan kecurangan.

Sittie amat berharap bahawa suatu hari nanti dia akan dapat kembali ke kampung halaman dan berkumpul semula dengan keluarganya selepas berjaya mengumpulkan duit rawatan anaknya itu.

Namun begitu apa yang amat mengecewakannya adalah ketika dia membuka Facebook dan ianya seakan menghancurkan dunianya serta harapan yang dibinanya.

Sittie tidak menyangka dia akan melihat gambar-gambar suaminya bersama wanita simpanannya selfie di atas katil ketika dia membuka Facebook.

Apa yang lebih menyakitkan hatinya adalah apabila melihat gambar suaminya itu yang seakan berbangga bergambar berdua bersama kekasihnya itu dalam keadaan yang tidak sepatutnya serta mereka seakan tidak peduli jika dia akan melihat gambar mereka dalam keadaan begitu.

Sittie yang telah memuat naik kejadian yang menimpanya itu di facebook telah mendapat simpati ribuan netizen namun begitu ada juga segelintir yang menggelarnya sebagai bodoh kerana tidak meninggalkan suaminya itu.

Namun pendedahan yang di buat Sittie memberitahu bahawa dia telah pun mengetahui kecurangan suaminya itu namun hanya mampu membiarkannya kerana bagi dirinya dia masih ingin memperbaiki keadaan dan kembali ke kampung halaman untuk bersama suaminya demi anak mereka.
loading...