Sabtu, 25 November 2017

Tenung Wajah Keluarga Sebelum Meninggal

Kredit Foto Berita Harian Online
SUNGAI PETANI - Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang menghidap barah otak tahap empat telah meninggal dunia petang semalam selepas mengalami masalah kesukaran bernafas.

Muhammad Hafizzudin menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.55 petang di sisi keluarga di rumahnya di Kampung Baru, dekat Sungai Lalang, di sini, semalam, kata ibunya.

Ibunya, Husna Naut, 43 berkata Hafizuddin baru sahaja pulang dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini petang semalam selepas empat hari dalam rawatan kerana mengalami demam panas.

"Namun pada petang semalam selepas sebaik sahaja dia dibenarkan pulang dari hospital, dia mengalami kesukaran untuk bernafas sejak dari pagi tadi akibat masalah kahak sehinggalah dia menghembuskan nadas yang terakhir.

Jelasnya lagi "arwah meninggal dalam keadaan yang tenang dan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, dia sempat menatap wajah kami sekeluarga, seolah-olah untuk memberitahu yang dia akan pergi buat selamanya."

Pada sebelum ini, Hafizzudin pernah menyuarakan impian ingin menaiki kereta mewah BMW yang berwarna putih. Impiannya telah dipenuhi oleh Auto Bavaria dengan membawa murid Tahun Lima Kebangsaan (SK) Sungai Lalang itu bersiar-siar menaiki kereta BMW i8.

Mereka sekeluarga reda dengan pemergian arwah yang menderita akibat penyakit yang ditanggungnya sejak berusia tujuh tahun, kata Husna.

Pihak keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah memberi sumbangan untuk meringankan beban bagi menanggung kos rawatan arwah anaknya itu, katanya.

Katanya lagi, kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang merealisasikan hasratnya dan mendoakan arwah selama ini. Sumber: Berita Harian Online. Editor: Atila Atasha
loading...