Selasa, 28 November 2017

Terkandas Selama Sembilan Jam

Kredit Photo Harian Metro
PELABUHAN KLANG – Detik menakutkan terjadi apabila seramai 10 pemancing terkandas selama lebih sembilan jam berikutan bot yang dinaiki mereka mengalami kerosakan kira-kira 9 batu dari daratan Kuala Selangor, kelmarin.

Bot pancing yang dinaiki mereka bersama dua kru lain itu difahamkan keluar ke kawasan perairan berkenaan dari jam 10 pagi, Sabtu.

Bagaimanapun, mereka telah diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) selepas bot tersebut dikatakan mengalami kerosakan pada enjin dan hanya boleh terapung di lokasi kejadian.

Pusat operasi Daerah Maritim 4 Selangor menerima aduan kerosakan daripada pemilik bot itu pada jam 12.50 tengah hari kelmarin, kata pengarah Maritim Daerah Klang Kapten Kapten Maritim Abu Zaki Mohammad. Bot peronda Kilat 32 milik APMM yang kemudiannya segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Namun bot itu kemudiannya dipantau dan dikawal bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini,“ katanya.

Usaha menyelamatkan 12 individu itu mengalami kesukaran berikutan keadaan air pasang pada jam 6 petang, menurut beliau.

Katanya lagi, kesemua mereka bagaimanapun selamat tiba di jeti Bagan Tengkorak pada 10.30 malam tadi.

Pihaknya juga menasihatkan agar komuniti maritime supaya memastikan bot mereka berada di dalam keadaan yang baik sebelum mereka keluar ke laut bagi mengelak sebarang kejadian seumpama itu berlaku lagi, kata Abu Zaki.


Tambahnya lagi, “ia turut mengambil kira factor keadaan cuaca kepada sesiapa yang mahu melakukan aktiviti di laut. Dia juga meminta supaya orang ramai memberikan maklumat di talian 24 jam MERS 999 jika terdapat sebarang asuan, kecemasan dan sebagainya. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha
loading...