Sabtu, 11 November 2017

Video Kereta Di Pandu Lawan Arus Di LPT Tular


KUANTAN - Seorang warga emas berusia 81 tahun ditahan selepas memandu melawan arus di Kilometer 234 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dari susur keluar Gambang menghala Tol Kuantan di sini pada 9 November lalu.

Lelaki berkenaan yang memandu kereta jenis Proton Savy dan berasal dari Sungai Lembing di sini akan dituduh di mahkamah hujung bulan ini.

Video perbuatan lelaki berkenaan tular di medial sosial yang memaparkan rakaman penumpang sebuah kereta lain terkejut dan sempat mengelak daripada melanggar kenderaan itu yang datang dari arah bertentangan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Mohd. Nor Yusof Ali berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.45 petang.

"Lelaki berkenaan ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan akan dituduh di mahkamah pada 27 November ini.

"Suspek telah diberi jamin polis dengan seorang penjamin," katanya di sini hari ini. -  UTUSAN ONLINE

loading...