Khamis, 30 November 2017

Video Nger Kena Baham Dengan 4 Ekor Harimau.


Seorang lelaki hampir maut selepas diserang oleh empat ekor harimau yang cuba untuk membaham mangsa yang berada di kawasan harimau.

Video sekitar kejadian yang telah dikongsikan oleh Wartawan Jalanan di media sosial jelas menunjukkan mangsa yang cuba dibaham oleh empat ekor harimau.

Walau bagaimana pun mangsa bernasib baik selepas sepasukan petugas yang dipertanggungjawabkan menjaga kawasan berkenaan telah melepaskan tembakan ke udara serta sekitar tempat kejadian.

Tembakan tersebut adalah bertujuan bagi menakutkan harimau-harimau berkenaan supaya melepaskan mangsa yang kelihatan tidak mampu untuk mempertahankan diri disebabkan kecederaan yang dialaminya.

Melalui video tersebut jelas meunjukkan ke empat-empat harimau tersebut yang melarikan diri selepas mendengar tembakan yang dilepaskan namun terdapat seekor harimau yang kelihatan menyerang kembali mangsa selepas beberapa saat tembakan dilepaskan.

Tembakan terpaksa dilepaskan kembali bagi menakutkan harimau tersebut supaya meninggalkan mangsa yang sememangnya telah mengalami kecederaan parah akibat daripada serangan tersebut.

Mangsa yang berjaya diselamatkan oleh petugas yang bertugas didapati mengalami kecederaan parah di bahagian muka, leher serta belakang badan.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudiannya dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan serta dikatakan bahawa hari tersebut merupakan hari bertuahnya kerana masih hidup walaupun dia telah dibaham oleh empat ekor harimau.-Sumber video, Wartawan Jalanan, Editor: Shahniza

loading...