Khamis, 30 November 2017

Viral !!! Guru Sambut Jamuan Guna Duit PIBG


Baru-baru ini telah tersebarnya sekeping gambar yang mendakwa guru-guru di sebuah sekolah telah menganjurkan jamuan di sebuah resort menggunakan duit PIBG. Pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka.

Semua ini terjadi gara-gara guru di beberapa sekolah telah menganjurkan jamuan akhir tahun dan telah diadakan di resort justeru menimbulkan perasaan tidak berpuas hati oleh sesetengah netizen.

Difahamkan seorang lelaki telah membuat dakwaan di laman sosial sehingga tular bahawa jamuan tersebut hanya meraikan guru semata-mata, sekali gus meminggirkan pelajar.

Jelasnya, “Bagaimana dengan murid? Hanya duduk di dalam kelas sajakah? Kamu hanya tahu menghabiskan duit untuk kepentingan kamu.”

Beliau juga turut memuat naik gambar sekumpulan guru tersebut di sebuah hotel terkemuka di Selangor sambil berkata, “sepatutnya duit itu digunakan untuk murid-murid, aktiviti luar kelas dan bermacam-macam perkara.”

Namun timbul desas-desus yang mengatakan wang yang digunakan semasa mengadakan jamuan di hotel itu memggunakan dana Persatuan Ibu bapa Guru (PIBG) di sekolah.


Kata seorang lagi netizen, “mereka semua (guru) dah dibayar gaji beribu sebulan. Malah ada juga budak-budak yang berlapar perut ke sekolah.”

Sementara itu, Kamarozaman Abd Razak selaku Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menafikan dakwaan tersebut dengan menjelaskan bahawa kebanyakan sekolah mempunyai kelab guru yang membolehkan mereka mengumpulkan dana untuk kegunaan sendiri.

Katanya, walaupun guru turut membayar yuran PIBG setiap tahun, ia tidak bermakna wang tersebut boleh digunakan untuk guru kerana setiap peruntukan perlu mendapatkan persetujuan ahli jawatankuasa (AJK) yang juga terdiri dariada ibu bapa.

Jelasnya, “bila ada kelab guru, mereka boleh ada bendahari sendiri untuk mengumpulkan sejumlah bayaran daripada guru-guru setiap bulan, untuk kegunaan khas seperti majlis perpisahan kerana guru berpindah sekolah dan persaraan termasuk jamuan akhir tahun.

Katanya lagi, “sekolah tidak ada peruntukan untuk semua itu, jadi mereka berusaha menggunakan dana sendiri. Kelab guru juga mempunyai akaun untuk simpanan dana, sekali gus memudahkan mereka mendapatkan sumbangan daripada pihak luar.”

Kamarozaman berkata, mengadakan jamuan akhir tahun sudah menjadi satu budaya dalam kalangan guru untuk meraikan hari atau peristiwa tertentu.

“Murid-murid dah diraikan dalam jamuan lain terlebih dahulu di sekolah sebelum cuti bermula. Guru pun manusia biasa yang perlu diraikan.

Tambahnya, “bila guna dana dan sumbangan di atas usaha mereka sendiri, terpulang kepada guru-guru untuk mengadakan jamuan itu dimana termasuk di hotel.”

Beliau menjelaskan pelbagai program dan rancangan telah dirancang guru dan pihak sekolah sepanjang tahun mengenai aktiviti untuk pelajar.

“Namun pihak sekolah dan guru tidak pernah meminggirkan murid-murid. Pelbagai program untuk mereka seperti hari keluarga, hari kokurikulum dan hari sukan.

Kata Kamarozaman, “lagipun biasanya jamuan ini diadakan akihir tahun ini di mana murid-murid smeua sudah bercuti dan mempunyai rancangan bersama keluarga masing-masing.” Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha


loading...