Isnin, 27 November 2017

Wanita Dikurung Dirogol Selama 10 Tahun Di Bilik Bawah Tanah.


ITALI - Seorang wanita Romania mengalami kehidupan yang malang apabila dipercayai dikurung serta diseksa selama 10 tahun di sebuah bilik bawah tanah berhampiran bandar Gizzeria, selatan Itali telah berjaya di selamatkan oleh pihak polis.

Lapor akhbar tempatan, La Republicca, wanita itu dikatakan tiba di Itali ketika berusia 19 tahun untuk mejaga seorang wanita warga emas dipercayai ibu kepada lelaki terbabit,  

Namun anak lelaki warga emas itu telah bertindak mendera mangsa yang kemudiannya dikurung di beberapa apartmen sebelum dibawa ke bilik bawah tanah selepas kematian jagaannya itu.

Mangsa kini mempunyai dua orang anak berusia tiga dan sembilan tahun bersama suspek yang kini sudah berusia 50 tahun setelah dirantai pada katilnya selain dirogol berkali-kali, kata pihak berkuasa,

Anak lelaki mangsa yang berusia sembilan tahun juga dipaksa oleh suspek untuk menyeksa mangsa.

Namun selepas itu, pihak polis telah berjaya mengesan kejadian itu kerana telah melihat kanak-kanak lelaki itu dihantar ke sekolah dalam keadaan yang tidak terurus sebelum pergi melawat kediaman mereka.

Keadaan bilik bawah tanah itu tempat mangsa dikurung dipenuhi sampah sarap, kotak buruk selain makanan yang luput tarikh serta roti berkulat, menurut gambar yang didedahkan pihak polis di media sosial.

Tempat tidur mangsa juga hanya diperbuat daripada kotak buruk manakala sebuah tong sampah dijadikan tempat membuang air.

Mangsa juga dikatakan diseksa setiap hari dengan ditumbuk sehingga luka akibat kecederaan daripada tali pancing namun tidak diberikan sebarang rawatan langsung.

Kata polis, "lelaki terbabit telah didakwa atas kesalahan menganiaya keluarga, perhambaan dan keganasan skesual." Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha

loading...