Khamis, 23 November 2017

Wanita Maut Manakala Suami Dan Anak Cedera Kemalangan


Dungun, Terengganu – Di Kilometer 343.8, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Paka, seorang wanita maut manakal suami dan anaknya cedera selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar kaki bukit.

Noorhafizah Omar, 31, maut selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dipandunya dalam nahas jam 10 pagi itu.

Mangsa yang bersama suaminya, Azlan Ismail, 31, dan dua anak mereka, Mohd Adam Haikal, 5, dan Nor Alisya Sufas, 3, yang tinggal di Kapar, Selangor dalam perjalanan pulang ke kampong halaman di Teras Mentuan, Kubang Kerian, Kelantan ketika kejadian.

Dipercayai kereta dinaiki mereka telah terbabas akibat jalan licin kerana hujan lebat sebelum melanggar di kaki bukit di tepi lebuh raya tersebut.

Jenazah mangsa telah dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat, kata Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi bagi mengesahkan kejadian.

Jelasnya suaminya dan dua lagi anak mangsa yang cedera ringan turut dibawa ke hospital yang sama untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian. Sumber: Berita Harian. Editor: Atila Atasha
loading...