Isnin, 4 Disember 2017

13 Gambar Kemalangan Ngeri Dua Maut Empat Cedera.


ROMPIN - Dua maut manakala empat cedera dalam kemalangan di kilometer 102.8 Jalan Kuantan - Segamat dekat Muadzam Shah, Rompin Pahang, 

Kemalangan membabitkan sebuah lori tangki membawa muatan sodium hydroxide solution dan dua buah lagi kenderaan Proton Exora dan Perodua Alza, kata jurucakap polis.

Kejadian di laporkan kira-kira jam 5 petang, dan hasil pemeriksaan oleh Pihak Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Dan Penyelamat Muadzam Shah mendapati tiada apa-apa kebocoran atau tumpahan bahan kimia yang berlaku akibat kemalangan terbabit

Empat mangsa yang terdiri daripada 1 lelaki, 2 wanita dan 1 kanak-kanak yang cedera telah di kejarkan ke hospital yang berdekatan manakala 2 lelaki yang maut akibat kemalangan itu masih belum dapat di kenal pasti identiti mereka.

Sumber dari jurucakap polis menyatakan cuaca pada ketika kemalangan itu hujan lebat dan punca-punca kemalangan masih lagi dalam siasatan pihak polis di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Editor: Atila Atasha













loading...