20 Gambar: Lelaki Jumpa Bandar Bawah Tanah Berusia 5000 Tahun Secara Tak Sengaja.


Sebuah bandar yang besar di bawah tanah yang di penuhi terowong dengan ruang yang luas mampu untuk memuatkan lebih daripada 20,000 orang, yang selama ini berada di bawah tanah.
Kisah ini kedengaran seperti sebuah cerita dongeng alam fantasi namun ia benar-benar wujud.

Penemuan tersebut dikatakan satu penemuan yang luar biasa iaitu terletak di sebuah bandar di bawah tanah, Derinkuyu, sebuah kompleks 18 tingkat ditemui di kawasan itu apabila seorang lelaki dikatakan memecahkan dinding untuk pengubahsuaian sebuah projek.

Difahamkan, bandar bawah tanah ini dibina seperti Derinkuyu, di zaman Byzantine, untuk melindungi penghuni daripada peperangan relligious di rantau ini.

Jelas Datuk Bandar Nevsehir, Hasan Unver, kepada National Geographic, "ini penemuan baru yang tidak ubah seperti menemui, mutiara baru, berlian baru, emas baru."

Sementara itu, kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian juga yang dirancang telahpun dibatalkan setelah penemuan itu dan sedang di kaji oleh ahli arkeologi mengenai terowong itu. Editor: Atila Atasha