Isnin, 4 Disember 2017

3 Beradik Merenung Sayu Jenazah Ibu Bapa Serta Adik Bongsu.


"Mama cium kami dan kata 'mama balik dulu' sambil pesan untuk tengokkan adik-adik," itu lah pesanan terakhir Allahyarham Azilina kepada anak sulungnya, Muhammad Daris Wafiy Sairulazuwan sebelum bergerak pulang jam 4 pagi semalam.

Terdahulu dalam kejadian jam 4.30 pagi itu,  Sairulazuwan Nazim, 37, isterinya Azilina Abdul Aziz, 37 serta bayinya, Muhammad Daris Iffat berusia tiga bulan maut dalam kemalangan di Kilometer 21 Sitiawan-Teluk Intan berhampiran Kampung Kayan, Sitiawan.

Disebabkan kejadian itu sekali gus telah membuatkan Muhammad Daris Wafiy, 10 dan dua lagi adiknya Muhammad Daris Rayyan, 9 dan Muhammad Daris Amsyar, 5 yatim piatu sekelip mata.

Menurut anak sulungnya sebelum kejadian, "kali terakhir jumpa mama pagi tadi sebelum mama nak balik. Dia telah dikejutkan dari tidur oleh ibunya dan bersalaman, Mama cium kami dan kata 'mama balik dulu', selepas itu dia dan adiknya tidur semula."

"Namun sejam selepas itu, tiba-tiba opah datang kejutkan kami beritahu mama, papa dan adik sudah tiada."

“Ketika opah kejut beritahu mama, papa dan adik sudah tiada, saya hanya terdiam, dengar semua dalam rumah menangis, katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batu 9 Lekir, semalam.

Namun yang memilukan apabila ketiga-tiga beradik yatim piatu merenung sayu jenazah kedua ibu bapa serta adik bongsu mereka ketika disemadikan.

Menurutnya lagi, dia memilih untuk tinggal bersama datuk (ayah bapanya), Nadzim Mohd Taib dan bersekolah di Sitiawan.

Sementara itu, Nadzim, 68, berkata dia dan isteri akan menjaga dan menguruskan persekolahan tiga cucunya itu.

Menurutnya, menjadi kebiasaan Sairulazuwan, anak ketiga daripada lima beradik itu menghantar semua anak-anak ke rumahnya setiap kali cuti persekolahan. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha
loading...