Selasa, 5 Disember 2017

3 Gambar Lelaki Maut Ditikam Kereta Dibakar.



KEDAH - Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tikaman di dada kiri di lorong belakang Taman Arked, Sungai Petani, hari ini.

Mangsa, Lin Chee Wei, 25 ditemui berlumuran darah oleh penduduk selepas mendengar suara orang sedang mengerang kesakitan di lorong belakang taman itu.

Pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3 petang daripada orang awam dan terus ke lokasi kejadian, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan suspek meninggal dunia selepas ditikam di bahagian dada.

"Mangsa yang juga berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang turut mengalami kecederaan di tangan kanan dan pipi sebelah kiri dipercayai berlaku pergelutan dengan suspek."

Katanya, "sebuah perodua Axia yang terbakar juga ditemui dalam semak tidak jauh dari lokasi mayat."

Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan menolak kejadian bermotifkan samun kerana barangan kemas seperti cincin, subang dan jam tangan masih ada padanya, kata Saifi.

"Namun dari hasil siasatan juga mendapati kereta itu adalah milik rakannya dan sedang menyiasat latar belakang mangsa termasuk pekerjaannya.

"Suspek berkemungkinan membawa lari kereta tersebut ke kawasan semak sebelum dibakar," katanya.

Jelas beliau, mayat telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha



loading...