3 Wanita Kantoi Curi


Aksi 3 wanita di sebuah farmasi di Dungun telah menimbulkan syak wasangka apabila mereka memasuki farmasi dan berpura-pura menanyakan tentang ubat-ubatan di kaunter kepada 2 orang staf di situ dan seorang lagi pergi ke bahagian rak barang jualan lain seolah-olah sedang mencari barang.

Pengurus farmasi, Noor Amiza Ismail, 32 berasa curiga dengan perlakuan mereka dan terus memerhatikan gerak geri mereka sepanjang berada di dalam farmasi.

Menyedari mereka seperti diperhatikan, mereka tergesa-gesa membuat bayaran untuk ubat yang berharga rm10.

Pemeriksaan di rak jualan dan CCTV dilakukan apabila ketiga-tiga mereka keluar dari premis berkenaan dan didapati makanan yang berharga hampir rm400 telah lesap.

Melalui rakaman cctv, wanita-wanita berkenaan telah memasukkan barang curi ke dalam kain yang dipakainya sama seperti kegiatan curi yang pernah dilakukan sebelum ini.

Menurut Pengurus farmasi berkenaan, dia merasakan wanita-wanita berkenaan adalah individu-individu yang sama pernah mencuri di premis di negeri seperti yang telah tular di media sosial yang telah aktif mencuri sejak 2012 di sekitar Perak, Johor dan Kedah. 

Amiza berharap agar pemilik premis sentiasa berhati-hati dan memerhati pelanggan yang kelihatan mencurigakan terutama 3 wanita ini yang masih bebas melakukan aktiviti mencuri.

Laporan mengenai 3 wanita ini telah dibuat di Balai Polis Daerah Dungun telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Superitendan Ahmad Zailani Yaacub dan tindakan selanjutnya akan dijalankan.  
Sumber: Harian Metro  Editor: Nsuhaili