Khamis, 14 Disember 2017

4 Gambar: Dituduh Menjalin Hubungan Sulit, Suami Potong Tangan Isteri


MOSCOW - Seorang suami dikatakan cemburu buta bertindak kejam dengan memotong kedua-dua belah tangan isterinya dengan kapak selepas menuduh wanita itu menjalin hubungan sulit.

Dmitry Grachyoc, 26 dikatakan membawa isterinya, Margarita ke satu kawasan hutan sebelum bertindak menderanya, lapor media tempatan.

Kemudian dia memaksa isterinya supaya dia mengaku menjalin hubungan sulit tetapi wanita itu tetap menafikan perkara tersebut.

Namun lebih kejam lagi apabila Grachyov bertindak menggunakan kapak untuk menetak jari dan tangan isterinya bagi memaksa wanita itu mengaku.

Setelah melihat kecederaan parah pada tangan isterinya, Grachyov kemudiannya membawa wanita itu ke hospital sebelum menyerah diri kepada polis.

Bagaimanapun, doktor tersebut berjaya menyambung tangan kiri wanita itu tetapi sebelah lagi tidak dapat diselamatkan.

Difahamkan, pasangan itu telah berkahwin selama lima tahun dan mempunyai dua anak lelaki berusia tiga dan empat tahun.

Manakala Grachyov kini ditahan untuk siasatan lanjut dan akan didakwa di Mahkamah di atas tuduhan menyerang isterinya. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha