Selasa, 5 Disember 2017

4 Gambar Pemandu Teksi Onani Ketika Hantar Pelajar Perempuan Ke Sekolah.



THAILAND - Seorang pengguna media sosial yang bernama Potcharadech Phongphian telah memuat baik beberapa keping gambar di Facebook yang mendakwa pemandu teksi melakukan onani ketika menghantar tiga pelajar perempuan ke sekolah.

Menurut Phongphian dalam postingnya, salah seorang daripada tiga pelajar itu adalah adik perempuannya yang dalam perjalanan ke sekolah di kawasan Pak Nam di Thailand.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, salah seorang daripada mereka berjaya mengambil gambar perbuatan tidak senonoh pemandu itu, sebelum mereka bertindak keluar dari kereta, lapor Sanook.

Katanya, "mereka sedar dengan apa yang berlaku dan mereka kecewa dengannya."

Walaupun kebanyakan pemandu teksi adalah orang yang baik-baik tetapi sikap buruk yang ditunjukkan oleh pemandu teksi tersebut telah mencetuskan rasa takut dan membahayakan penumpang, kata Phongphian.

Namun lebih buruk lagi apabila ia berlaku pada waktu pagi dan tidak seperti insiden sama yang biasanya berlaku pada lewat malam melibatkan penumpang wanita.

Posting tersebut adalah untuk menyeru agar orang ramai berkongsi gambar itu dan beliau mahu polis untuk menjejaki pemandu terbabit. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha





loading...