4 Gambar: Remaja Berusia 14 Tahun Dah Berani Buat Jenayah


SARAWAK - Seorang remaja berusia 14 tahun ditahan pihak polis berhubung kes curi dan pecah masuk kenderaan di kawasan Pujut 7C, Miri.

Difahamkan , mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian curi dan pecah masuk kenderaannya

Setelah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak JKP Pujut telah melakukan operasi untuk menjejaki sekumpulan suspek dalam jam 4 petang di sekitar Jalan Pujut 7D.

Ekoran dari itu, suspek berjaya ditahan polis di Jalan Pujut 7D, Miri oleh Unit Ronda Cegah Jenayah (JKP PUJUT).

Hasil daripada siasatan berjaya menemui semula barangan yang hilang antaranya seperti seperti sebuah telefon bimbit jenama Huawei dan telah disahkan oleh pemilik kenderaan berkenaan yang di pecah masuk dan barang tersebut telah diserahkan semula kepada pemilik.

Sementara itu, suspek telah di bawa untuk sesi kaunseling dan diserahkan kepada keluarga serta diberi amaran keras. Sumber: Kemalangan Extreme Kebakaran, Banjir Dalam & Luar Negara. Editor: Atila Atasha