4 Gambar Wanita Berkahwin Dengan Pokok, Ini Janji Mereka yang Mungkin Buat Anda Terkejut

Upacara perkahwinan yang unik tetapi pelik telah berlangsung di Kota Lima, Peru. Perkahwinan ini dikatakan salah satu simbolik untuk memberi mesej keamanan dan mendedahkan bahawa pentingnya menjaga pokok.

Majlis ini berlangsung dengan melibatkan beberapa orang pengantin perempuan bersama beberapa pohon pokok secara berpasangan.

Aktivis Alam Sekitar Richard Torres, yang terkenal di dunia kerana karya-karyanya yang sangat menyanjungi pokok telah menganjurkan majlis ini dengan memujuk beberapa pelakon tempatan sebagai pengantin perempuan serta turut mengedarkan daun cofetti sebagai ganti kertas kecil untuk acara yang unik tapi pelik ini.

Pakaian pengantin perempuan adalah seperti pakaian majlis perkahwinan normal dengan memakai pakaian putih dan membawa bunga bunga.

Torres berperanan sebagai pendeta yang membacakan janji perkahwinan dan di hadapan Torres juga  pengantin perempuan berjanji menjaga pokok yang dinikahi mereka sehingga akhir hayat.

Seterusnya, pengantin perempuan akan mencium pokok bukan mencium pengantin lelaki seperti majlis perkahwinan normal. 

Patricia Serra, salah seorang pengantin perempuan berkata, "Acara ini membuatkan orang menyedari pentingnya pokok penyayang dan ini adalah komitmen seumur hidup, ia adalah sama dengan perkahwinan yang membuat janji".

Serra juga berpendapat "Pokok tidak boleh bercakap, tetapi kita ada di sini untuk mendengar protes mereka".

Torres,mengatakan "majlis sebegini diadakan kerana sudah banyak pokok yang hilang akibat pembangunan di bandar Lima dan kami cuba menyelamatkan pokok-pokok lain".

Upacara perkahwinan dengan pokok ini juga telah dirancang untuk diadakan di beberapa buah negara di Amerika Latin bagi menyelamatkan pokok-pokok dari terus dimusnahkan untuk pembangunan. Editor : Nsuhaili