Sabtu, 9 Disember 2017

4 Gambar Wanita Ini Dikurung Di Dalam Lubang. Apabila Jiran-jiran Ingin Membantunya, Mereka Terkejut???


Pada suatu hari, seorang netizen telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan saudaranya, namun dia mendapat tahu bahawa di sekitar kawasan mereka terdapat seorang wanita yang telah dikurung di dalam sangkar tetapi tidak ramai yang tahu dan pergi melihatnya.

Oleh kerana dia merasa ingin tahu apa yang ada di sebaliknya, dia telah pergi mencari wanita tersebut dan ternyata dia telah benar-benar menemuinya.

Dia sangat terkejut dengan apa yang dilihatnya apabila seorang wanita berambut panjang terkurung di penjara di bawah tanah, dengan hanya kepalanya sahaja dibawa keluar melalui lubang batang besi tersebut.

Namun ketika mereka berpandangan antara satu sama lain, wanita yang dikurung itu segera mejerit, "tolonglah saya! bantu saya,! keadaan dia ditahan itu sangat menyedihkan,

Di atas kepala wanita ini terdapat batang besi yang menutupi ruang bawah tanah, selain terdapat dua batu besar di atasnya.

Setelah itu dia segera untuk mencari saudara lelakinya untuk membebaskan wanita itu tetapi semua orang hanya berkata, "jangan pernah membebaskannya!"

Difahamkan, sebenarnya wanita ini mengalami penyakit mental dan dia telah dikurung oleh ibu bapanya tetapi oleh kerana dia berasa simpati terhadap wanita itu, dia melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Wanita itu kini berusia 45 tahun kerana menderita penyakit mental dan apabila penyakitnya mula kembali, dia akan merosakkan barang-barang di sekelilingnya seperti memusnahkan kaca rumah jiran atau mengepung kereta.

Ibu bapanya juga tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya dengan mengurung dia.

Akhirnya, wanita ini dibawa ke hospital mental untuk mendapatkan rawatan dan kedua orang tuanya kini menjadi topik perbualan sekeliling orang.

Jadi apakah pendapat anda tentang langkah-langkah yang diambil oleh kedua ibu bapa wanita tersebut ? Sumber: Kisah Benar Media Network. Editor: Atila Atasha