4 Rakyat Palestin Dibunuh Zionis


GAZA: Pertempuran dengan tentera Israel susulan dari pengiktirafan Baitulamaqdis oleh Washington sebagai ibu kota Israel mencederakan ratusan rakyat Palestin serta mengorbankan 4 penduduknya.

Demostrasi dan pelbagai kutukan global turut dilakukan di seluruh negara Arab dan Islam sebagai bantahan apabila Trump mengumumkan pengiktirafan itu.

Penduduk Palestin yang hanya bersenjatakan batu ketika pertempuran antara tentera rejim Zionis turut mengorbankan tiga penduduk di situ.

Sementara itu di sepanjang sempadan Israel dan Semenanjung Gaza , Hamas menggesa satu lagi 'Hari Kemarahan' menyebabkan dua maut menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.

Pertempuran di utara Baitulmaqdis membunuh mangsa ketiga yang telah ditembak di dada oleh tentera Israel.

Manakala seorang lagi ditembak selepas menikam pegawai polis di sempadan Israel di pusat pemeriksaan di pinggir Ramallah.

Keganasan berlaku beberapa hari sebelum Naib Presiden, Mike Pence, dijangka melawat Israel, walaupun tidak akan berjumpa pegawai Palestin selepas mereka membatalkan pertemuan dalam bantahan susulan tindakan Washington. - Sumber: Berita Harian  Editor: Nsuhaili