Khamis, 14 Disember 2017

5 Gambar: Gadis Yang Dulunya Comel Dan Disukai Lelaki, Kini Sado Membuatkan Lelaki Gerun Mendekatinya


RUSIA - Seorang wanita bernama Nataliya Kuznetsoya yang kini berusia 26 tahun dahulunya semasa di usia remaja, dia sama seperti rakan-rakan lain seusia dengannya, berwajah comel dan mempunyai tubuh badan yang normal.

Namun ternyata sekarang, bila melihat susuk tubuhnya memang jauh sekali berbeza!

Oleh kerana disebabkan suka menghabiskan masa di gim berbanding meluangkan masa bersama rakan-rakan, tubuhnya kini dikatakan 'sado' sehingga digeruni oleh kaum lelaki, memetik laporan portal Kisah Dunia.

Difahamkan, dia juga merupakan juara angkat berat wanita dan pemegang rekod di Rusia, Eropah dan dunia, memetik RT.com.

Walaupun dia mempunya berjuta-juta pengikut di laman media sosial, dia juga tidak lari daripada komen-komen negatif.

Jelasnya, "bila kamu ada banyak sangat komen positif, sudah tentu terselit sikit komen negatif kan?Jujur, saya tidak faham apa yang mereka marah sangat."

Katanya menerusi satu temubual, "jadi nak mudahkan kerja, saya 'ban' haters, lagipun kebanyakkan mereka menggunakan profil dan nama palsu. Daripada asyik membenci, lebih baik mereka jaga kehidupan mereka." Sumber: Sinar Harian. Editor: Atila Atasha