Jumaat, 15 Disember 2017

5 Gambar Ngeri Kronologi Pembunuhan Kejam Suami Kerat Dan Bakar Isteri




Gambar wanita yang dibakar tanpa kepala dan kaki yang tular di media sosial beberapa hari lepas telah menemui jawapan siapa pembunuh sebenar wanita itu.

Lakonan seorang suami yang dikenali sebagai Muhamad Kholil, 21 telah membuat laporan tentang kehilangan isteri dapat dihidu oleh pihak polis apabila dia memberikan keterangan yang bercanggah semasa membuat laporan di balai polis.

Pembunuhan sadis yang berlaku ini di Dusun Ciranggon indonesia apabila bahagian badan mangsa dipotong termasuk dikerat kaki dan kepala sebelum dibakar oleh suaminya.

Potongan tubuh yang ditemui pada Isnin memberi jawapan kepada satu laporan seorang suami yang mengadu telah kehilangan isteri sebelum mangsa ditemui.

Siasatan diteruskan dan pihak polis mendapati Kholil dan mangsa yang dikenali sebagai Nindya, 21 adalah pasangan suami isteri.

Seorang saksi yang bernama 'Waljinah' mengatakan dia sering mendengar pasangan suami isteri tersebut bergaduh dan mangsa sudah tidak kelihatan pada Ahad yang lepas sebelum penemuan mayat wanita terbakar pada Isnin kemudiannya.

Beberapa bukti kukuh telah diambil oleh beberapa orang saksi yang turut mengenali mangsa dan suami dan bukti itu mangsa telah ditetapkan sebagai suspek utama.

Suspek telah mengaku bersalah membunuh isteri dengan memukul leher mangsa kerana isterinya sering merungut tentang masalah kewangan mereka dan mendesak dia membeli kereta.

Kholil ditahan oleh pihak polis Kerawang yang diketui oleh AKBP Hendy Febrianto Kurniawan

Kronologi pembunuhan Nindya:

Menurut sumber, kejadian yang berlaku pada Isnin 4 Dec lepas, ketika pasangan suami isteri ini bertengkar, suaminya telah memukul leher mangsa menggunakan bahagian sisa tangan kanan sebanyak 2 kali sebelum mangsa jatuh dan kepalanya terhentak di lantai.

Tertuduh telah memeriksa nafas mangsa dan didapati mangsa sudah tidak bernyawa lagi mengambil keputusan menyembunyikan mayat isterinya dibahagian ruang tamu rumah sewa mereka.

Keesokan harinya, tertuduh telah membeli golok, plastik hitam besar, beg membeli-belah. Tertuduh bertindak memotong kepala dan kaki mangsa kemudian membuang di Curug Cigentis, Loji, Karawang.

Pada hari Rabu pula, tertuduh membawa badan mangsa ke Ciranggon, Majalaya, Karawang

dan membakar mayat isterinya disana bersama dengan buku perkahwinan, sijil kelahiran mangsa, dan surat-surat lain yang menjadi milik mangsa. Sumber : Detiknews Editor: Nsuhaili