Ahad, 17 Disember 2017

5 Gambar: Remaja 17 Tahun Dipukul Hingga Mati Kerana Dituduh Mencuri.


MEDAN - Seorang remaja lelaki telah maut akibat dituduh mencuri dan diseksa dengan kejam oleh orang kampungnya sendiri dan belum terbukti lagi kesalahan itu dilakukan oleh remaja berkenaan. 

Orang ramai bertindak menangkap dan menyeksa remaja lelaki yang dikenali sebagai Nur Jamal, 17 dan diperlakukan dengan kejam tanpa timbang rasa.

Berdasarkan gambar yang telah tular di Indonesia, jelas kelihatan keadaan mangsa yang terseksa dengan hukuman yang dicipta sendiri oleh orang kampungnya sendiri.

Remaja lelaki ini turut diseret hingga kelihatan sudah tidak bermaya  manakala ibubapa remaja ini telah membuat laporan polis berkenaan kejadian yang telah menimpa anaknya sehingga mengakibatkan kematian.

Orang ramai tidak patut mengadili kesalahan Jamal dengan begitu kejam sehinggakan boleh membawa maut dan pasti ibubapanya sedih anak diperlakukan sebegitu teruk sekali.-sumber facebook