Khamis, 14 Disember 2017

5 Gambar Wanita Potong Kemaluan Bekas Kekasih Kerana Ditinggalkan


PUERTO PLATA - Seorang wanita, Johanny Diaz, 28 didakwa memotong kemaluan bekas teman lelakinya, Samuel Ventura Garicia, 44.

Difahamkan, suspek turut didakwa memberikan dadah kepada mangsa sehingga tidak sedar sebelum kemaluannya dipotong oleh suspek.

Semasa kejadian, pasangan itu tinggal bersama di sebuah kabin di bandar Puerto Plata di Republik Dominican.

Garcia dan teman wanitanya dikatakan bertengkar dan memutuskan hubungan mereka, menurut laporan polis.

Kemudian Diaz bertindak meletakkan dadah ke dalam minuman Garcia sehingga dia tidak sedarkan diri.

Suspek dikatakan melarikan diri selepas bertindak memotong kemaluan Garcia.

Bagaimanapun, dia berjaya ditahan pihak polis di Republik Dominican.

Garcia dibawa ke hospital berdekatan bagi menjalani rawatan dan perlu menjalani pemulihan sekurang-kurangnya selama dua bulan, selepas pembedahan empat jam, menurut laporan daripada pihak polis.

Dan menurut laporan lagi, Diaz berkata dia telah menjadi mangsa penganiayaan Garcia yang memaksa bersamanya dan dia tidak menyesal melakukan serangan itu. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha