Jumaat, 15 Disember 2017

5 Punca Cemburu Dalam Rumah Tangga


Setiap pasangan yang berkahwin pasti mereka impikan rumah tangga yang bahagia sehingga keakhir hayat.

Namun sebelum memasuki alam rumah tangga kita sendiri tidak mengenali perangai sebenar pasangan kita

Apabila sudah tinggal serumah, tidur sekatil dan banyak menghabiskan waktu bersama pasti ada pertelingkahan yang akan terjadi walaupun hanya permasalahan kecil tetapi boleh menjadi satu masalah yang besar.

Cemburu salah satu punca pergaduhan dalam rumah tangga sehingga mampu menjadi salah satu punca penceraian.

Berikut 5 punca cemburu dalam rumah tangga :

1) Kawan

Ada sesetengah lelaki yang lebih banyak habiskan masa melepak bersama kawan-kawan berbanding bersama isteri dan boleh menimbulkan rasa curiga pada si isteri dengan siapa suami selalu melepak sehingga isteri terasa terabai.

2) Media sosial

Kini terlalu banyak media sosial yang menjurus kepada kecurangan suami sehingga isteri lebih  berhati-hati dan sering memeriksa telefon suami lagi-lagi suami  yang 24jam telefon di tangannya.

3) Rasa tergugat

Bila suami sering memuji wanita lain di hadapan isteri timbul rasa tergugat dalam isteri sehingga isteri sentiasa memantau segala pergerakan suami sehingga suami terasa dikongkong.

4) Pernah dicurangi

Curang adalah salah satu perkara yang paling ditakuti dalam rumah tangga. Jika salah seorang pasangan pernah kantoi curang maka tiada rasa percaya dalam rumah tangga. Pasangan yang pernah dicurangi pasti akan sentiasa wujud perasaan curiga dan boleh mencetuskan perasaan cemburu yang melampau.

5)Terlalu sayang

Betul ke cemburu tanda sayang. Bila ada perasaan sayang, pasti setiap pasangan akan ada rasa cemburu cuma terpulang pada kita sama mahu mengawal rasa cemburu itu. Editor : Nsuhaili