Jumaat, 8 Disember 2017

6 Gambar Identiti Mayat Mangsa Rogol Dan Bunuh Di Gombak Terbongkar


Penemuan mayat seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai mangsa bunuh dan rogol di Bukit Idaman, Gombak, Selangor pada bulan lalu akhirnya menemui jalan penyelesaian.

Kes pembunuhan itu dipercayai telah menimbulkan kekecohan di antara penduduk kedua-dua negara di laman media sosial.

Mayat tersebut akhirnya telah dikenal pasti dan dibawa pulang ke Indonesia selepas hampir 55 hari mayat mangsa ditahan di Hospital Sungai Buloh.

Mangsa yang juga dikenali sebagai Romsari tiba di Bandar Kuala Namo, Medan, pada jam 8.30 pagi.

Difahamkan, mangsa merupakan pekerja asal Indonesia Medan dan sebelum ini didakwa bahawa kematian gadis ini berpunca daripada tindakan keganasan oleh majikan, namun setelah  pihak polis penyiasat, Asp Moh Izhan Bin Ismail menjalankan siasatan lanjut rupa- rupanya mangsa dibunuh dan dirogol oleh lelaki senegaranya sendiri.

 Motif pembunuhan tersebut dipercayai kerana mangsa telah menolak untuk melakukan hubungan intim bersama suspek, berikutan adanya rakaman CCTV di lokasi kejadian.

Melihat daripada rakaman CCTV tersebut, mangsa kelihatan cuba melawan ketika suspek cuba merogol mangsa namun gagal apabila ditumbuk beberapa kali sebelum dirogol.

Pada hari kejadian, mangsa ada memberitahu rakannya bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki untuk membincangkan mengenai kerja baru sebelum mangsa tidak pulang ke rumah selama 3 hari.

Suspek dikatakan menjanjikan pekerjaan kepada mangsa yang pada ketika itu tidak bekerja dan mangsa disuruh pergi ke sebuah bangunan sebelum di kurung di dalam salah satu bilik di bangunan tersebut. Mangsa dipercayai dirogol dan dibunuh dengan kejam oleh suspek.

Akhirnya, pihak polis daerah Gombak berjaya memberkas suspek dan tertuduh mengaku atas perbuatannya. Kes di siasat mengikut Seksyen 302 yang boleh dihukum dengan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pihak keluarga mangsa, Moren Tino Harianja mengucapkan terima kasih kepada polis Malaysia kerana telah berjaya menangkap suspek dan berharap tertuduh mendapat hukuman yang setimpal, katanya dalam sidang media. Sumber: Eberita. Editor: Atila Atasha



loading...