6 Gambar: Selepas Gambarnya Tular Charisa Takut Di Kecam Netizen.


Baru-baru ini tular di laman media sosial mengenai seorang gadis berusia 18 tahun telah memuat naik gambarnya di akaun Instagram tanpa segan silu dengan menunjukkan keadaan muka sebarang teknik suntingan untuk menutup jerawat yang memenuhi wajahnya.

Namun selepas kisahnya tampil berkeyakinan, sekaligus telah menyerlahkan kejelitaan di sebalik wajahnya yang dipenuhi jerawat. Chacha atau nama sebenarnya Charisa Debully Francis mengakui bahawa emosinya sedikit terganggu kerana kecaman netizen.

Oleh kerana gadis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah tidak mampu menghadapi berbagai reaksi netizen justeru membuatkan dia berasa takut dengan kata-kata yang dilemparkan terhadapnya.

"Sejujurnya, saya rasa takut sebab selepas kisah saya dimuat naik, ia membuatkan saya lebih dikenali, tetapi ramai pula meninggalkan komen yang tidak bagus."

"Contohnya, mereka bertanya seperti 'apa motif dia viral?', 'kenapa dia viral?', 'dia berjerawat, kenapa viral?'. Bagi saya, kenapa nak tengok sudut yang negatif?," katanya.

Jelasnya lagi, pelajarannya turut terganggu kerana dia tidak dapat menerima komen berbaur negatif itu ketika dia sedang menghadapi peperiksaan.

Difahamkan, Chacha cuba membiasakan diri dengan keadaan  tersebut apabila ada individu yang mengajaknya bergambar.

Akibat tular di media sosial, jumlah pengikutnya di laman Instagram juga turut meningkat daripada 15,000 kepada lebih 28,300 dalam tempoh selama dua bulan.

Biarpun ada sesetengah pihak yang tidak senang dengan populariti yang diraih, masih ada ramai lagi yang menyokong dan menganggap dirinya sebagai sumber inspirasi, kata Chacha.

Menurutnya lagi, "ramai yang menghantar pesanan peribadi bertanyakan mengenai cara untuk meningkatkan keyakinan diri dan sekarang ada lebih 1,000 mesej lagi belum sempat dibalas."

"Mereka tanya apa produk yang saya pakai kerana kulit sudah bertambah baik dan ramai juga yang minta saya buat review produk mereka, tapi kulit saya sensitif. Jadi, saya tidak berani untuk ambil produk sembarangan," jelasnya.



Keadaan kulitnya semakin pulih kerana menggunakan set penjagaan wajah dari Korea., kata anak kepada pensyarah teologi itu,

Bagaimanapun, dia dikatakan enggan memberi jaminan terhadap keberkesanan produk tersebut kerana berpendapat bahawa setiap individu mempunyai masalah kulit yang berbeza.

Dia memberanikan diri dengan mengabaikan segala kata-kata dan ejekan masyarakat terhadap keadaan wajahnya untuk memberikan inspirasi dan membantu gadis yang mengalami masalah serupa agar tampil yakin tdengan diri sendiri. Sumber: mStar Online. Editor: Atila Atasha