Khamis, 7 Disember 2017

7 Gambar Wanita Buat Pembedahan Plastik Demi Teman Lelaki



HONG KONG - Seorang wanita berusia 22 tahun dari Hong Kong telah menjalani sebanyak 30 pembedahan plastik bagi menawan hati teman lelakinya.

Wanita yang dikenali sebagai Berry Ng mula melakukan pembedahan itu sejak dia berusia 17 tahun kerana dia ingin kelihatan seperti supermodel barat.

Bagaimanapun , dia sudah menyesali tindakannya itu.

Pada mulanya, dia mendakwa ketagihannya terhadap pembedahan plastik apabila dia terlihat pusat kecantikan yang menawarkan pakej pelajar pada harga berpatutan iaitu sekitar HKD799 (RM415) untuk tiga suntikan.

Namun selepas itu, pekerja pusat kecantikan tersebut memujuknya untuk membeli pakej yang lebih mahal iaitu sebanyak HKD17,000 (RM8,847).

Dia yang dikatakan teruja dengan kesan yang dialaminya menjadi semakin berani untuk menjalani pembedahan plastik dengan lebih kerap.

Tetapi mimpi buruk Berry bermula apabila dia mula jatuh cinta dengan lelaki yang lebih tua 9 tahun daripadanya ketika dia mula menganjak ke usia 20 tahun.

Teman lelakinya itu suka menghina wajahnya dan gemar membandingkan kecantikannya dengan wanita lain.

Disebabkan sedih dengan keadaan itu, Berry sanggup menjalani 30 pembedahan plastik dalam masa tempoh enam bulan.

Antara pembedahan kosmetik yang dilakukannya adalah melibatkan pembedahan kelopak mata, hidung, suntikan di dahi agar nampak lebih bulat, suntikan bibir, pipi dan juga dagu.

Katanya kepada China Press, "jika (teman lelaki) 'awak cantik' walaupun sekali, saya akan berhenti".
Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha





loading...