7 Pesanan Artis Sebelum Bunuh Diri


Tidak semua orang mampu untuk melalui segala masalah dan tekanan tambah pula berkaitan dengan seseorang. Sesetengah orang memilih untuk mengakhiri hidup seperti membunuh diri kerana bagi mereka perbuatan tersebut dapat menyelesaikan semua masalah yang ada.

Bunuh diri ini lazimnya berlaku kepada mereka yang menghadapi tekanan sama ada dari segi mental dan fizikal. Mereka dikatakan akan bertindak di luar pemikiran akal yang waras yang terdiri daripada individu yang bermasalah seperti masalah keluarga, putus cinta dan sebagainya.

Dan tidak terkecuali juga artis-artis dunia hiburan dan jangan disangka perwatakan mereka yang riang dan selalu tersenyum di depan kamera tak bermaksud mereka menjalani kehidupan yang bahagia.

Ada juga diantara sesetengah selebriti memilih untuk membunuh diri, mereka dikatakan tidak dapat melalui tekanan yang datang dan mereka juga sempat meninggalkan pesanan melalui nota sebelum bertindak membunuh diri.


1. Kang Doo Ri.


Artis dari Korea Selatan iaitu Kang Doo Ri, mulai debut pada tahun 2010. Setelah lima tahun debut, dia telah memutuskan untuk mengakhiri hidupnya pada 14 Disember 215 lalu. Dia telah meninggalkan sebuah mesej yang mengatakan bahawa dia mengalami masalah dan hidupnya terasa susah sebelum meninggal dunia.

"Saya merasakan hari-hari yang saya hidup sangat susah. Saya juga perlu menghadapi masalah yang sangat rumit. Pada mulanya, semuanya mula berjalan lancar selepas drama yang saya membintangi dan mempunyai pertunjukan saya sendiri. Tetapi keadaan yang saya hadapi tidak sesuai dengan rancangan itu."

2. Jung Ah Yool.


Pelakon drama berjudul 'Love', Jung Ah Yool yang terkenal selepas drama itu ditayang KBS dikatakan membunuh diri dengan cara menggantung dirinya sendiri, Sebelum dia bertindak menggantung diri, dia telah membuat yang berbunyi, "tidak ada yang meghibur aku,".
3. Sojin.

Seorang lagi artis Korea, So Jin mengakhiri hidupnya ketika sedang berkarier dalam industri hiburan. So Jin juga merupakan artis baby KARA bentukan DSP media. Difahamkan ketika So Jin sedang popular, dia telah membunuh diri pada 24 februari 2015. Namun beberapa hari sebelum kejadian, dia memuat naik sebuah gambar di Instagram dengan kapsyen, "Will have try out tomorrow, wish me luck!." ( akan cuba esok, semoga berjaya!)
4. Shikha Joshi.

Kes bunuh diri melibatkan selebriti India sebelum menjadi heboh, Shikha Joshi telah menggemparkan industri hiburan dengan merakam aksi bunuh dirnya dengan bertindak mengelar lehernya sendiri hingga tewas. Dia juga sempat mejelaskan bahawa penyebab dia bunuh diri adalah kerana doktor yang menangani pembedahan plastiknya dan seroang lelaki. Sebelum iitu dia sempat memuat naik status di Facebook yang mengatakan, "aku harap aku boleh hidup seperti masa kanak-kanak, saat seluruh hidupku hanya tentang keluargaku. Sekatang keluargaku adalah segalanya bagiku."
5. Leslie Cheung.


Leslie Cheung merupakan seorang penyanyi dan aktor terkenal dari Hong Kong yang meninggal akibat bunuh diri dengan melompat dari tingkat 24 di sebuah hotel ternama di Hong Kong pada tahun 2003. Cheung diketahui mengalami tekanan dan memutuskan mengakhiri hidupnya di usia 46 tahun. Sebelum melakukan aksi bunuh diri, Chueng mengirimkan pesan suara kepada sahabatnya yang mengatakan, "akhirnya dapat tidur tenang sekarang."
6. Marlyn Monroe.

Marlyn Monroe merupakan seorang artis yang terkenal di dunia yang sangat dikagumi pada tahun 50-an. Kariernya perlahan mulai menurun setelah dirinya menjadi penagih ubat-ubatan terlarang. Oleh kerana merasa tekanan kerana kariernya, Monroe memutuskan bunuh diri dengan menelan banyak ubat pada tahun 1962.

Saat dia temukan, polis menemui sepucuk surat di samping amyatnya yang mengatakan, "aku merasa hilang, segala hal menghancurkan segala fokus, harapanku lemah, aku merasa sudah gila. Aku merasa setiap orang ingin meninggalkanku lalu aku merasa seperti rasa manusia lain yang hidup di bumi."

7. Kurt Cobain.

Kurt Cobain adalah anggota band Nirvana. Cobain meninggal dengan menembak dirinya sendiri kerana merasa tertekan dengan gangguan bipolar yang dia alami.

Sebelum dia meninggal, dia meninggalkan mesej ringkas untuk anak dan isterinya yang berkata "Frances dan Courtney, saya akan berada di atas altar anda Courtney akan terus hidup. Frances akan menjadi lebih baik tanpa saya. I LOVE YOU I LOVE YOU." Editor: Atila Atasha