7Photo - Kereta Bertembung Lori, Warga Emas Maut


LUMUT - Warga emas maut kereta di pandunya bertembung dengan sebuah lori. Kemalangan berlaku di batu 11, segari dekat sini petang tadi.

Lebih kurang jam 3.30 petang itu, mangsa Chong Peng Ho 68 tahun meningal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian anggota badan.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Bhoo Khim, berkata siasatan awal yang di jalankan mendapati lori yang di pandu lelaki berusia 44 tahun itu dari arag Segari menghala ke Pantai Remis manakala mangsa dari arah bertentangan.

“Di saat tiba di lokasi kejadian, di percayai kenderaan mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan, katanya.

"Pemandu lori itu membrek namun tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta mangsa di bahagian hadapan.

"Akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berkenaan tidak cedera," katanya ketika dihubungi hari ini.

“Mayat mangsa di bawa ke unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk tindakan lanjut, katanya lagi.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 3.52 petang sebelum sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Subki Yusuf bersama jentera bergegas ke lokasi.

Katanya, pihaknya mendapati mangsa tersepit dan anggota bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Sumber: Metro, Editor: Atila Atasha