Rabu, 13 Disember 2017

8 Gambar: Remaja 16 Tahun Maut Selfie Di Landasan Kereta Api


JAWA TENGAH - Sekumpulan remaja perempuan bertindak mengambil gambar di landasan kereta api akhirnya mengundang padah apabila salah seorang daripada mereka dipercayai rambutnya tersekat di roda kereta api.

Lapan gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan sekumpulan remaja yang sedang berselfie di tepi landasan kereta api.

Namun tindakan itu akhirnya mengundang padah apabila salah seorang daripada remaja terbabit dikatakan cedera apabila berada terlalu dekat dengan landasan ketika berselfie disebabkan rambutnya tersekat pada roda keretapi.

Rakan-rakannya yang menyedari perkara tersebut segera meminta bantuan daripada orang ramai dan remaja tersebut segera di kejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan. Sumber: Gobal Jawa Tengah. Editor: John Castello