Jumaat, 15 Disember 2017

Abang Nak Tegur 2.0, Alhamdulillah Lega Tiada Lagi Sajat Perosak Lagu” – Netizen


Baru-baru ini, pengasas kosmetik Malaysia, Dato Aliff Syukri dikatakan telah melancarkan single terbaru berjudul 'Abang nak Tegur' pada November yang lalu.

Video lagu tersebut yang dinyanyikan berduet bersama seorang lagi usahawan kosmetik terkenal Nur Sajat. Namun Aliff berasa pelik mengapa video lagunya mendapat banyak 'unlike' di Youtube walaupun menerima pujian isteri.

Difahamkan, video lagu 'Abang Nak Tegur' menerima 301,000 unlikes di laman Youtube dan dikecam ramai netizen yang rata-rata menyalahkan suara Sajat kerana suaranya kedengaran agak kasar dan merasakan seperti mereka perlu menekan butang 'dislike' pada video tersebut.

Namun ada juga di antara netizen yang menyatakan bahawa mereka akan like video single sulung Aliff itu jika dia menyanyi bersama isterinya, Datin Nur Shahida.

Semenjak dari itu, Aliff dikatakan tidak putus-putus memujuk dan merayu supaya isterinya menyanyi bersama supaya lagu 'Abang Nak Tegur'  menerima banyak likes di Youtube.

Selepas puas dipujuk, akhirnya Shahida telah bersetuju untuk menyanyi bersama suaminya. Dan hasilnya, keluarlah lagu Abang nak Tegur 2.0!. Dalam klip video lagu terbaru itu, Aliff berjaya menyanyi duet lagu tersebut bersama isterinya.

Berbeza dengan video lagu mewah yang dihasilkan bersama Sajat di luar negara, video lagu yang berdurasi selama 4 minit 7 saat tersebut hanya dirakam di dalam kamar tidur mereka sahaja dan dalam video lagu berkenaan turut menampilkan dua anak angkat Aliff.

Rata-rata netizen juga memberikan komen memberangsangkan terhadap Abang nak Tegur 2.0 dan nampaknya bagai menepati janji apabila video tersebut menerima 138,000 ribu likes di laman Youtube.

"Alhamdulillah tiada lagi Sajat perosak lagu."

"Wow nice suara Datin Shahida!."

"Dengar suara dia lebih lembut sikit dari suara si Sajat."



“Wah sweetnya Dato’ dengan wife, macam ni baru best.”

Bahkan, lagu tersebut juga telah trending nombor 1 di laman Youtube Malaysia! Sumber : Lobak Merah. Editor: Atila Atasha