Ahad, 17 Disember 2017

Adi Putra Bikin Kontroversi dengan Wartawan


Wartawan dan selebriti adalah saling memerlukan dan tidak boleh dipisahkan. Dimana ada selebriti pasti ada wartawan yang mengejar apabila ada kontroversi yang hangat diperkatakan.

Selain selebriti, wartawan juga tidak terlepas akan terpalit dengan kontroversi tentang artis menegur sikap wartawan sama ada ketika menemubual atau mengeluarkan artikel.

Kontroversi terbaru melibatkan Datuk Adi Putra yang dikatakan telah mengherdik seorang wartawan apabila diajukan tentang soalan peribadi.

Pelakon yang berasal dari Singapura itu dikatakan sering menjadi salah satu topik di antara netizen terutamanya status perkahwinannya dengan isteri, Aida

Mungkin kerana dia ada berkongsi gambar dia dan isterinya sedangkan ada perkhabaran yang menyatakan mereka sudah berpisah.

sumber : instrgram @adiputra

Soalan yang diajukan oleh watrawan yang tidak didedahkan identitinya hanya sekadar bertanya tentang status perkahwinan dia dan Aida.

Jawapan yang diberikan oleh Adi bukan jawapan berkaitan soalan tersebut tetapi diberikan kembali soalan kepada wartawan itu yang berbunyi agak sinis.

“Bila kali terakhir kamera pecah?,” soal Adi dalam nada dan tonansi suara yang agak ‘tegang’.

Namun wartawan tersebut tetap menjalankan tugas dengan profesional dan membalas jika tidak mahu menjawab tiada masalah.

“Tak apa, kalau tak mahu komen tak apa…” balas wartawan dan sebaris senyuman terukir menandakan dia ok dengan jawapan Adi yang agak kasar itu.

Adi masih menunjukkan dia tidak senang dengan soalan yang diajukan itu tetap membalas balik dengan mengatakan dia ada rasa hormat terhadap wartawan berkenaan.

“Saya fikir saya hormat awak je sekarang ni,” Adi membalas.

Wartawan mengajukan soalan demikian kerana Adi pernah memuat naik satu gambar dia bersama isterinya berserta kapsyen yang mungkin mengundang persoalan tentang status mereka di kalangan netizen.

Di harap selebriti tidak cuba mencetuskan seberang kontroversi dengan wartawan kerana tanpa wartawan yang setia mengejar mereka siapa lah artis tetapi tanpa artis juga pasti industri kita suram.  Sumber: MyNewsHub  Editor: Nsuhaili

sumber : instrgram @adiputra